Saturday, June 28, 2008
Sunday, June 1, 2008
Ratna Kencana
"Babak penantian,satu ujian,sedalam mana cinta,ku tak mungkin,kalis rindu,kalis pilu bila kau tiada,ku semakin pendam rindu,pendam pilu bila kau menjelma,"
Aku buka mataku perlahan-lahan.Malam lagi rupanya.Gelap. Jam pula berdeting Ting...ting...ting.Tiga kali.Peluh dingin mula membasahi seluruh tubuhku.Jantungku berdegup laju.Tekak pula mulai loya.Bau hanyir darah dan bau busuk yang entah dari mana sewenang-wenangnya menyerbu masuk ke hidungku.Aroma itu akhirnya bersatu.Dalam kegelapan itu,aku cuba meraba-raba mencari suis lampu kalimantang ruang bilikku.
Setelah berkelip-kelip beberapa kali akhirnya lampu itu mulai membiaskan cahayanya menerangi bilikku.Bau busuk kian menusuk pangkal hidungku,sedang aku mencari arah bau tersebut,tiba-tiba aku terpandang satu kelibat manusia sedang duduk di sudut kiri katil bertilam Sultan brand terbaru milikku.Walaupun tidak berapa jelas,aku pasti itu manusia.Pandanganku masih berpinar,namun aku nekad menghalau kelibat itu dari katilku.Aku tidak mahu berkongsi katil dengan makhluk yang tidak tahu betapa pentingnya nilai kesopanan.
Oi cik puan,eh...eh...silap...ha toh puan.. kau buat apa atasa katil aku ni.Pergi main jauh-jauh sebelom aku seligi kepala kau.Ni air apa yang kau siram aku ni Didi...Cubala pegi dapur masak ape-ape yang patut.Pagi nanti bolehla aku cekik.Mati-mati aku ingatkan makhluk tu Didi adik lelakiku yang hobinya menganggu tidurku.
Sapa pulak memekak pagi-pagi buta ni! Spoil mood betulla ! Aku nak tido ni,semalam aku balik lambat.Penatla...kuang ajo betul aku campak benda tu kang.Tiba-tiba aku rasakan satu kuasa yang amat dahsyat,dingin,menyerbu seluruh tubuhku lantas aku bertempik.Apa ni siram-siram orang.Setelah itu bermulala satu kejadian yang tidak pernah sekali pun akal warasku pernah terlintasa untuk mengalaminya.Jeng...Jeng...Jeng.
Aku buka mataku perlahan-lahan.Malam lagi rupanya.Gelap. Jam pula berdeting Ting...ting...ting.Tiga kali.Peluh dingin mula membasahi seluruh tubuhku.Jantungku berdegup laju.Tekak pula mulai loya.Bau hanyir darah dan bau busuk yang entah dari mana sewenang-wenangnya menyerbu masuk ke hidungku.Aroma itu akhirnya bersatu.Dalam kegelapan itu,aku cuba meraba-raba mencari suis lampu kalimantang ruang bilikku.
Setelah berkelip-kelip beberapa kali akhirnya lampu itu mulai membiaskan cahayanya menerangi bilikku.Bau busuk kian menusuk pangkal hidungku,sedang aku mencari arah bau tersebut,tiba-tiba aku terpandang satu kelibat manusia sedang duduk di sudut kiri katil bertilam Sultan brand terbaru milikku.Walaupun tidak berapa jelas,aku pasti itu manusia.Pandanganku masih berpinar,namun aku nekad menghalau kelibat itu dari katilku.Aku tidak mahu berkongsi katil dengan makhluk yang tidak tahu betapa pentingnya nilai kesopanan.
Oi cik puan,eh...eh...silap...ha toh puan.. kau buat apa atasa katil aku ni.Pergi main jauh-jauh sebelom aku seligi kepala kau.Ni air apa yang kau siram aku ni Didi...Cubala pegi dapur masak ape-ape yang patut.Pagi nanti bolehla aku cekik.Mati-mati aku ingatkan makhluk tu Didi adik lelakiku yang hobinya menganggu tidurku.
Subscribe to:
Posts (Atom)